“Mencari yang HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”
UPDATE : 2017
WHATSAPP : 017-589 0657
 |
| EXAMO-CKM 500 |
Perincian : EXAMO-CKM 500
Harga : RM 56.00
Isi : 450 Biji
Tempoh penggunaan : 3 bulan hingga 1 tahun
Kesesuaian : Semua peringkat dari bayi hingga orang dewasa.
No. Pendaftaran : MAL 20032551T
EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf
bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental,
takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat
menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan;
menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.
EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia
yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik
dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam
tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam
juzuk yang tetap.
Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga
dibelanjakan maka kian berkuranganlah tenaga itu.
Bila mana tenaga berkurangan,
maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
- Lesu
- Letih
- Lemah
- Mengantuk
- Sengal otot dan sendi
- Lapar dan Dahaga
- Marah-marah
- Tidak dapat meneruskan kerja
Bagaimana hendak memulihkan TENAGA?
Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:
1. Memberi semangat dan perangsang.
2. Beristirehat
3. Makan dan Minum
Memberi semangat dan perangsang
Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan manjadi letih tidak
bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang
dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk
meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh
penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan
tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.
Beristirehat
Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya.
Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas
beristirehat bolehlah ia meneruskan kerjanya.
Makan dan Minum
Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang dibelanjakan semasa
bekerja. Apa yang harus dimakan?
Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti
gula, nasi, kanji, bubur, gandum, teh dan sebagainya.
DEMIKIAN PULALAH HALNYA DENGAN OTAK.
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan
mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja.
Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisis,
merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang
digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu.
Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
- Perasaan gementar, cemas dan bimbang
- Bersifat pesimis dan bersikap negative
- Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
- Selalu letih dan tidak bertenaga
- Sering diganggu kesedihan tidak menentu
- Serabut fikiran dan kelesuan otak
- Lemah daya berfikir dan rasa malas
- Mudah lupa dan rasa jemu
- Kurang daya tumpuan
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.
BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?
Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:
1. Memberikan semangat dan perangsang
2. Beristirehat
3. Makan dan Minum
Memberi semangat dan perangsang
Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi
murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti
“Jangan Putus Asa. Cuba
Lagi. Saya Yakin Kamu Boleh Berjaya.”
Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata,
“Ayah faham mata
pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan
mengatasinya”.
Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu
bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakan seseorang
itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan
perangsang seharusnya datang dari dalam diri.
Beristirehat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan
dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak
terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan
rakan-rakanya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika,
otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh
itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.
Makanan
Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan
makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Apakan nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga? Jawapannya akan
diberikan kemudian nanti.
PENDAPAT UMUM
Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada
bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel
neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka
kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Adakah benar pendapat ini?
Pendapat itu adalah SALAH.
KECERDASAN AKAL
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di
otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 100,000 juta sel
neuron dalam sesebuah otak.
Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati
bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap
kecerdasan seseorang. Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang
mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang
dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendtritic fibres) di neuron.
Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara
ramisaraf-ramisaraf dendrit. Untuk membentuk hubungan atau jalinan yanb banyak,
otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai
banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.
Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan
pertubuhan ramisaraf dendrit otak?
Jawabnya: BOLEH
Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A Amerika Syarikat, menunjukkan
ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok
yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan
dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok
itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang
disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan
menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa
Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu
untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak
ialah jenis garam tisu Biokimia.
Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan
makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis
rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak.
EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Fosfat,Kalium Fosfat
dan Magnesium Fosfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan
ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan
nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan
kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.
AKTIVITI OTAK
Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung
dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil
tindakbalas elektro kimia.
Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti
mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang
berlari melalui ramisaraf dendrite neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah
bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu.
Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumusmenurut keperluan
optimum pokok, demikian juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi
keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.
EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak
mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan,
tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah
diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England
(Department of Health and Society Security, England).
EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati
bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 100,000 juta sel otak,
neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan
mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengan sel-sel baru. Tetapi sel-sel
otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah
menurut kajian, zat Kalium Fosfat dan Magnesium Fosfat bertindak melambatkan
kematian sel-sel otak ini.
Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan
bersih lagi suci mengikut The German Homeopathic Pharmacopoeia dengan
menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling
saintifik yang menghasilkan nutrient yang mudah cerna.
Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO-CKM 500 telah
mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut
sekolah, kolej dan university sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.
KESAN KEGUNAAN
a. Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan
bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrite neuron. EXAMO-CKM
500 merupakan baja penyubur.
b. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak
daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmitter yang terdiri
daripada ion-ion K,Mg, Ca, CI dan lain-lain.
c. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat
dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam
otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.
LAIN-LAIN KEGUNAAN
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu,
takut dan pemarah
6. Gangguan mimpi-mimpi
gerun
7. Pesakit jiwa atau mental
Kemungkinan Kesan Mudarat Ringan (Minor Adverse Reaction):
1. Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta.
Getaran rendah bagus untuk ingatan.
2. Pening kepala,
tekanan darah rendah.
CARA MAKAN
Dikemam dalam mulut.
Bayi (kurang 1 tahun)………..1 biji
Kanak-kanak (1-6 tahun)……2 biji
Kanak-kanak (7-12 tahun)…..3 biji
Dewasa (13 tahun ke atas)….4 biji
Minggu pertama………………3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3………..2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterusnya..1 kali sehari
(sumber: Buku Pengetahuan Produk – Produk
Komplimentari Pilihan Bestari)
EDIT : 09.02.2017