“Mencari yang HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”
UPDATE : 2017
WHATSAPP : 017-589 0657
![]() |
| SALINDAH CERAIAN HAMIL : B1, B2, B3, B4, B5 & B6, BERPANTANG : L7, L8, L9, L10, L11 & L12 |
SALINDAH
Harga Biasa Salindah Ceraian :
SALINDAH B1 : RM 46.00
SALINDAH B2 : RM 38.00
SALINDAH B3 : RM 46.00
SALINDAH B4 : RM 30.00
SALINDAH B5 : RM 34.00
SALINDAH B6 : RM 30.00
SALINDAH L7 : RM 26.00
SALINDAH L8 : RM 30.00
SALINDAH L9 : RM 30.00
SALINDAH L10 : RM 38.00
SALINDAH L11 : RM 53.00 >>DIBERHENTIKAN SEMENTARA<<
Seharusnya pengalaman mengandung dan bersalin merupakan saat-saat yang
wajar dinikmati penuh dengan rasa gembira dan selesa, tetapi hakikatnya tidak
semua wanita bertuah yang dapat menikmati detik seperti ini.
Menyedari masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif,
maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berusaha membuat kajian secara ilmiah
dan saintifik selama beberapa tahun. Akhirnya pada tahun 1981, SALINDAH telah
diperkenalkan. SALINDAH merupakan set lengkap Rencana Pemakanan Kesihatan dan
Rawatan Ibu Hamil yang paling lengkap dari tiga bulan mengandung sehingga
selepas waktu pantang. Kini SALINDAH sering menjadi pilihan bakal-bakal ibu
serta disyorkan oleh doktor dan bidan. Ia banyak memberi kebaikan kepada wanita
hamil.
BAGAIMANA SALINDAH BERFUNGSI
Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil,
antaranya zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik. Suplemen-suplemen ini
memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan
perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya membuat
ibu bertambah selera dan ini menyebabkan janin membesar sehingga menyulitkan
masa bersalin.
Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan
mudah serap ke dalam sel-sel badan. B1 menguatkan badan, melancar aliran darah,
mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul
biawak (atau varikos vena).
Bertindak dengan B2- ia membantu pembentukan sel darah merah dan
mencegah anemia. B2 membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak,
di samping membantu penghadaman ibu. B2 diberikan dalam kandungan yang sedikit
berbanding B1 dan B3 kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam kandungan.
Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap.
Pertumbuhan janin yang tidak besar dalam kandungan akan memudahkan
kelahiran. Di samping menjadi zat biokimia asas untuk pembentukan otak dan
saraf, B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.
Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4, B5 dan B6
berfungsi mencegah berlakunya alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin
(ingat : tarikh yang tepat bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!),
menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan
otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan
kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat
peranakan selepas bersalin. Dengan itu ramai ibu hamil yang menggunakan
Salindah bersalin cara biasa tanpa pembedahan biarpun dia pernah melalui
pembedahan dalam melahirkan anak-anak sebelum ini.
TIP PEMAKANAN SALINDA
- Kesemua tablet hendaklah dikemam sahaja.
- Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak di atas lidah dan kemam sehingga larut.
- Jangan sentuh dengan tangan.
- Berpantanglah dari kopi (minuman berkefain), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum bersalin sehingga 2 minggu selepas bersalin.
- Jangan simpan di dalam peti sejuk dan jauhkan dari barangan elektrik.
- Jika loya untuk kemam dalam mulut, larutkan tablet salindah dalam air masak yang telah sejuk, kacau menggunakan sudu plastik (jangan guna sudu besi) & minum.
EDIT : 09.02.2017



No comments:
Post a Comment