Tuesday, December 24, 2013

DETAIL EXAMO-CKM 500

“Mencari yang HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”

UPDATE : 2017

WHATSAPP : 017-589 0657



EXAMO-CKM 500


Perincian : EXAMO-CKM 500

Harga       : RM 56.00
Kategori : Biokimia
Isi : 450 Biji
Tempoh penggunaan : 3 bulan hingga 1 tahun
Kesesuaian : Semua peringkat dari bayi hingga orang dewasa.
No. Pendaftaran : MAL 20032551T

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.
EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan  menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranganlah tenaga itu. 


Bila mana tenaga berkurangan, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
  • Lesu
  • Letih
  • Lemah
  • Mengantuk
  • Sengal otot dan sendi
  • Lapar dan Dahaga
  • Marah-marah
  • Tidak dapat meneruskan kerja
Bagaimana hendak memulihkan TENAGA?
Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:
1.     Memberi semangat dan perangsang.
2.     Beristirehat
3.     Makan dan Minum

Memberi semangat dan perangsang
Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan manjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

Beristirehat
Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirehat bolehlah ia meneruskan kerjanya.

Makan dan Minum
Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang dibelanjakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan?
Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur, gandum, teh dan sebagainya.

DEMIKIAN PULALAH HALNYA DENGAN OTAK.
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. 

Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
  • Perasaan gementar, cemas dan bimbang
  • Bersifat pesimis dan bersikap negative
  • Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
  • Selalu letih dan tidak bertenaga
  • Sering diganggu kesedihan tidak menentu
  • Serabut fikiran dan kelesuan otak
  • Lemah daya berfikir dan rasa malas
  • Mudah lupa dan rasa jemu
  • Kurang daya tumpuan                                                                                 
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.

BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?
Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:
1.     Memberikan semangat dan perangsang
2.     Beristirehat
3.     Makan dan Minum

Memberi semangat dan perangsang
Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti 
“Jangan Putus Asa. Cuba Lagi. Saya Yakin Kamu Boleh Berjaya.”

Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, 
“Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya”. 

Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakan seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri.

Beristirehat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakanya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

Makanan
Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Apakan nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.

PENDAPAT UMUM
Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Adakah benar pendapat ini? 

Pendapat itu adalah SALAH.

KECERDASAN AKAL
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 100,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan seseorang. Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendtritic fibres) di neuron.
Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit. Untuk membentuk hubungan atau jalinan yanb banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.
Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertubuhan ramisaraf dendrit otak?

Jawabnya: BOLEH

Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu Biokimia.
Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Fosfat,Kalium Fosfat dan Magnesium Fosfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

AKTIVITI OTAK
Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektro kimia.
 Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrite neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu.
Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumusmenurut keperluan optimum pokok, demikian juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.
EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).
EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 100,000 juta sel otak, neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengan sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Fosfat dan Magnesium Fosfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini.
Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The German Homeopathic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrient yang mudah cerna.
Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO-CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan university sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

KESAN KEGUNAAN
a. Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrite neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
b. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmitter yang terdiri daripada ion-ion K,Mg, Ca, CI dan lain-lain.
c. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.

LAIN-LAIN KEGUNAAN
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1.        Payah tidur
2.        Migrain
3.        Lelah
4.        Kanak-kanak degil
5.        Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6.        Gangguan mimpi-mimpi gerun
7.        Pesakit jiwa atau mental

Kemungkinan Kesan Mudarat Ringan (Minor Adverse Reaction):
1.  Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
2.        Pening kepala, tekanan darah rendah.

CARA MAKAN
Dikemam dalam mulut.

Bayi (kurang 1 tahun)………..1 biji
Kanak-kanak (1-6 tahun)……2 biji
Kanak-kanak (7-12 tahun)…..3 biji
Dewasa (13 tahun ke atas)….4 biji

Minggu pertama………………3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3………..2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterusnya..1 kali sehari

(sumber: Buku Pengetahuan Produk – Produk Komplimentari Pilihan Bestari)

EDIT : 09.02.2017



No comments:

Post a Comment