“Mencari yang
HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”
CALL: 017- 589 0657
![]() |
| SUSU BIO-LAC |
![]() |
| SUSU BIO-LAC |
HARGA = RM 35.00/pek
(500 gram)
(500 gram)
~Sekiranya perlukan susu ganti, BIO-LAC memenuhi keperluan bayi anda.~
Namun
tanpa disedari, melalui susu juga kanak-kanak boleh terdedah kepada bahaya
seperti kewujudan melamin dan dioksin di dalam susu tersebut. Di Negara yang
memiliki tenaga nuclear, sumber produk tenusu boleh terdedah kepada bahaya
bahan radioaktif tersebut. Oleh itu, selain daripada formulasi, sumber produk
tenusu juga perlu diberi keutamaan.
Keistimewaan
susu BIO-LAC yang menjadi kegemaran bayi, telah dirumus mengikut nilai
keperluan pemakanan garamtisu Biokimia (BTS) Dr. Schuessler, yang berperanan
merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khusus untuk tumbesaran.
BIO-LAC formulasi Prof. Dr. Hj. Azizan b. Ismail (Allahyarham) menjadi sumber
nutrisi yang utama dalam tahun-tahun pertama kehidupan bayi. Susu BIO-LAC
menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai dengan konsep pyramid makanan, jika diambil
bersama makanan pelengkap yang seimbang.
BIO-LAC
yang telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2001 ini dikeluarkan oleh
Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. Sumber tenusu BIO-LAC diimport
dari New Zealand yang sememangnya terkenal dengan kualiti persekitaran dan
penyediaan susu yang terbaik di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik, tetapi
sekiranya perlukan susu ganti, BIO-LAC memenuhi keperluan bayi anda.
Keistimewaan BTS
berbanding asid lemak yang biasa.
Di
dalam susu terdapat asid lemak yang terdiri dari DHA, EPA, AA dan GLA yang
perlu untuk tumbesaran tubuh dan keperluan fungsi otak. Namun, dalam sesetengah
keadaan, proses oksidasi sewaktu penyimpanan asid lemak boleh mengakibatkan
cirit-birit selepas pengambilan susu formula. Reaksi bersilang makanan bukan
sahaja akan menganggu tumbesaran, malah turut mempengaruhi perkembangan dan
perlakuan seperti hiperaktif, kurang kosentrasi, gangguan tidur, emosi dan
perilaku yang lain.
Konsep
BTS disediakan melalui kaedah penyediaan molekul yang diperhaluskan. BTS akan
diserap melalui sel epitilium lidah dan meresap terus ke dalam sistem
pengaliran darah. BTS kemudiannya akan dihantar terus ke sel-sel yang
memerlukannya, tanpa melalui proses penghadaman seperti biasa. Proses ini
berlaku dalam tempoh yang sangat pantas. Kuantiti yang diperlukan oleh sel
hanya sedikit sahaja, namun mampu memberikan kesan yang optimum dan menyeluruh
kepada tubuh.
Kalsium untuk
pertumbuhan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.
Kandungan
kalsium yang terdapat di dalam formulasi susu BIO-LAC akan berperanan merangsan
pembentukan tulang dan gigi bayi. Kehadiran vitamin D3 bertindak membantu tubuh
dalam penggunaan kalsium dan fosforus. Istimewanya susu BIO-LAC adalah kerana
BTS memiliki saiz molekul yang sangat halus dan scenario ini akan membolehkan
penyerapan kalsium pada kadar optimum tanpa melebihi had keperluan tubuh. In
Syaa Allah, bayi akan menjadi semakin aktif dan cepat berjalan kerana struktur
tulang yang semakin kuat dan sempurna. Susu BIO-LAC juga sesuai dijadikan
sebagai persediaan awal untuk melambatkan proses osteoporosis apabila menjelang
hari tua kelak.
Peranan BTS di dalam
formulasi BIO-LAC kepada otak bayi.
Sel
otak sudah mula terbentuk sejak di dalam kandungan lagi dan jumlahnya semakin
meningkat menjadi jutaan di usia 2 tahun. BTS di dalam susu BIO-LAC membantu
menyuburkan dendron dan dendrit untuk mewujudkan hubungan antara sel bagi
membentuk rangkaian fungsi. Kualiti rangkaian antara sel ditentukan dan
dipengaruhi oleh rangsangan dari persekitaran dan nutrisi. Kekuatan daya
ingatan boleh dilakukan oleh BTS sebagai nutrisi otak. Proses elektrokimia
penting untuk meningkatkan keupayaan tenaga mental. Ia memerlukan mineral
seperti kalsium, kalium dan magnesium untuk membolehkan otak melakukan proses
ini yang berlaku antara 100,000 hingga 1,000,000 kali sesaat. Cir-ciri
keperluan untuk proses elektrokimia tersebut terdapat di dalam formulasi BTS
ini.
Kalsium
fosfat di dalam BIO-LAC penting untuk tumbesaran yang normal. Ia membantu
pertumbuhan saraf dan otot. Keupayaan kognitif bayi boleh dirangsang sedari
awal lagi. Penyerapan maklumat berlaku dengan pantas dan bayi cepat memberi reflex
terhadap persekitaran. Garamtisu inorganic BTS di dalam susu BIO-LAC penting
untuk keperluan neuron otak. Seperti juga Selenium
dan Vitamin E, BTS juga mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk
meningkatkan kekebalan system tubuh. Ia juga penting untuk memelihara kesihatan
mental, mengurangkan keletihan otot, masalah depresi dan keresahan ketika
tidur.
BIO-LAC membantu
meningkatkan system imun tubuh.
Kebanyakan
susu formulasi telah hilang unsur ‘immunological’ ketika masih dalam proses
penghasilannya. Unsur ini penting dan berperanan meningkatkan daya pertahanan
tubuh terhadap serangan penyakit. BTS di dalam BIO-LAC membantu tubuh
berhadapan dengan pelbagai stress termasuklah inflamasi, demam mendadak,
kecederaan, pendarahan, panas baran dan sebagainya. Pengambilan susu formulasi
BIO-LAC mampu menghindarkan bayi daripada masalah inflamasi akut yang kerap
berlaku di kalangan bayi seperti batuk, sakit sendi, bronchitis, keletihan dan
jangkitan kulit.
Peranan BIO-LAC dalam
memelihara system penghadaman.
System
penghadaman bayi melibatkan organ yang paling sensitive. Oleh sebab itulah,
pertukaran susu ibu kepada susu formula perlu dilakukan secara perlahan iaitu
sekurang-kurangnya 2 minggu untuk membolehkan sistem pencernaan mengadaptasi
perubahan ini. Kebiasaannya, ketika ini akan berlaku cirit-birit atau sembelit
bergantung kepada jenis susu formula, bancuhan dan kandungannya. Bancuhan susu
formula yang terlalu pekat boleh menyebabkan sembelit dan jika terlalu cair,
boleh mengakibatkan cirit-birit. Perubaan warna najis juga mempunya kaitannya
dengan susu formula yang digunakan. Najis berwarna coklat kekuningan
menunjukkan terdapat sisa susu formula tersebut di dalam usus. Najis berwarna
hijau pula menandakan terdapat kehadiran zat besi yang berlebihan di dalam susu
formula tersebut. Susu formula dianggap normal selagi bayi tidak sembelit atau
meragam. BTS di dalam formulasi BIO-LAC bertindak mewujudkan persekitaran yang
sesuai untuk pembiakan bakteria baik dan memelihara sistem penghadaman. Sesuai
diminum bagi mengurangkan masalah sembelit, kembung, koliks dan diarea serta
alahan.
Zat besi menjadikan
anak anda lebih sihat dan aktif.
Apabila
bayi semakin membesar dan aktif, keperluan terhadap zat besi juga akan semakin
meningkat. Simpanan zat besi yang semakin berkurangan dalam tubuh dan kelemahan
penyerapannya oleh tubuh apabila bayi meminum susu formula boleh menyebabkan
berlakunya masalah seperti anemia, pucat, lesu dan mudah diserang demam.
Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan susu BIO-LAC kerana sifat BTS yang
halus membolehkan sel tubuh menyerap zat besi pada tahap optimum dan efisyen,
In Syaa Allah. Maka, tidak hairanlah jika kanak-kanak BIO-LAC lebih pintar,
sihat dan aktif berbanding dengan yang lain.
CALL: 017- 589 0657


No comments:
Post a Comment