Tuesday, December 24, 2013

DETAIL SALINDAH

“Mencari yang HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”


UPDATE : 2017
WHATSAPP : 017-589 0657
SALINDAH CERAIAN 
HAMIL : B1, B2, B3, B4, B5 & B6,
BERPANTANG : L7, L8, L9, L10, L11 & L12

SALINDAH

Harga Biasa Salindah Ceraian : 

SALINDAH B1 : RM 46.00
SALINDAH B2 : RM 38.00
SALINDAH B3 : RM 46.00
SALINDAH B4 : RM 30.00
SALINDAH B5 : RM 34.00
SALINDAH B6 : RM 30.00
SALINDAH L7 : RM 26.00
SALINDAH L8 : RM 30.00
SALINDAH L9 : RM 30.00
SALINDAH L10 : RM 38.00
SALINDAH L11 : RM 53.00 >>DIBERHENTIKAN SEMENTARA<<
SALINDAH L12 : RM 38.00

                              
SET HAMIL
SET BERPANTANG



Seharusnya pengalaman mengandung dan bersalin merupakan saat-saat yang wajar dinikmati penuh dengan rasa gembira dan selesa, tetapi hakikatnya tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati detik seperti ini.
Menyedari masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun. Akhirnya pada tahun 1981, SALINDAH telah diperkenalkan. SALINDAH merupakan set lengkap Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil yang paling lengkap dari tiga bulan mengandung sehingga selepas waktu pantang. Kini SALINDAH sering menjadi pilihan bakal-bakal ibu serta disyorkan oleh doktor dan bidan. Ia banyak memberi kebaikan kepada wanita hamil.

Method Perubatan Salindah ialah Homeopati, Biokimia dan Herbalisme.

BAGAIMANA SALINDAH BERFUNGSI

Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil, antaranya zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik. Suplemen-suplemen ini memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya membuat ibu bertambah selera dan ini menyebabkan janin membesar sehingga menyulitkan masa bersalin.
Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan. B1 menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena).
Bertindak dengan B2- ia membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. B2 membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu. B2 diberikan dalam kandungan yang sedikit berbanding B1 dan B3 kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam kandungan. Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap.
Pertumbuhan janin yang tidak besar dalam kandungan akan memudahkan kelahiran. Di samping menjadi zat biokimia asas untuk pembentukan otak dan saraf, B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.
Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4, B5 dan B6 berfungsi mencegah berlakunya alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin (ingat : tarikh yang tepat bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!), menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin. Dengan itu ramai ibu hamil yang menggunakan Salindah bersalin cara biasa tanpa pembedahan biarpun dia pernah melalui pembedahan dalam melahirkan anak-anak sebelum ini.

TIP PEMAKANAN SALINDA
  • Kesemua tablet hendaklah dikemam sahaja.
  • Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak di atas lidah dan kemam sehingga larut.
  • Jangan sentuh dengan tangan.
  • Berpantanglah dari kopi (minuman berkefain), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum bersalin sehingga 2 minggu selepas bersalin.
  • Jangan simpan di dalam peti sejuk dan jauhkan dari barangan elektrik.
  • Jika loya untuk kemam dalam mulut, larutkan tablet salindah dalam air masak yang telah sejuk, kacau menggunakan sudu plastik (jangan guna sudu besi) & minum.

EDIT : 09.02.2017

DETAIL STAMINEX

“Mencari yang HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”


UPDATE : 2017
WHATSAPP : 017-589 0657



STAMINEX

StamineX
RM 32.00
Kategori : Homeopati
Isi : 45 Biji
Tempoh Guna : Bergantung kepada kekerapan mengambilnya.
Kesesuaian : Istimewa buat ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja
No. Pendaftaran : MAL20033895T

CARA MAKAN :
Dikemam atas lidah 1 tablet sebelum dan selepas melakukan kerja, bersukan atau melakukan perjalanan jauh. Untuk masalah lain boleh makan 2-3 kali sehari.

KESAN PENGGUNAAN :
  • Memberi tenaga tambahan kepada tubuh yang sudah letih lesu. 
  • Berguna kepada ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja. 
  • Bagus dimakan sebelum dan selepas memandu kereta dalam perjalanan jauh. 
  • Tidak mengandungi steroid. 
  • Mencegah krem anggota dan mencegah seliuh. 
  • Kalau sudah terseliuh, menggunakannya akan menghilangkan masalah tersebut, juga menghilangkan linu, lenguh dan lebam.
*untuk merawat masalah urat seperti sakit-sakit pinggang, dada, anggota akibat kerja keras.

PERANAN OTOT
Fungsi umum :
  1. Pergerakan (lokomosi)
  2. Menggerakkan tubuh dari satu tempat ke satu tempat (manipulasi)
  3. Menggerakan bahagian tubuh (membawa bahan masuk, keluar atau di antaranya di dalam tubuh)
  4. Pernafasan
  5. Peredaran/sirkulasi darah di dalam tubuh
  6. Penghadaman
  7. Perkencingan
  8. Postur (menahan tarikan graviti pada tubuh)
  9. Kestabilan sendi
  10. Pemanasan
LAIN-LAIN KEGUNAAN :
  • Menghentikan pendarahan
  • Membunuh bisul yang hendak membentuk atau mempercepatkan proses penyembuhan
  • Sakit-sakit pinggang, dada, anggot akibat kerja keras.
  • Amat baik bagi orang tua yang zaman mudanya bekerja keras
  • Bagus dimakan sebelum memendu kereta dalam perjalanan jauh
  • Rasa malas dan lembab pergerakan
  • Menguatkan jantung
Kemungkinan Kesan Mudarat Ringan :
Bisul – terjadi pada mereka yang berdarah kotor dan ini proses pembersihan.

Cara Menyimpan :
Tutup ketat. Simpan pada suhu bilik.

(sumber: Buku Pengetahuan Produk – Produk Komplimentari Pilihan Bestari)

EDIT : 09.02.2017

DETAIL MATSA

“Mencari yang HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”


UPDATE : 2017

WHATSAPP : 017-589 0657



Perincian : MatSa
Harga       : RM 45.00
Kategori : Homeopati
Isi : 30 Biji
Tempoh Guna : 7 bulan
Kesesuaian : Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
No. Pendaftaran : MAL09032077T

CARA MAKAN :
Minggu 1 = 1 biji pagi, 1 biji malam (setiap hari)
Minggu 2 = TIDAK MAKAN
Minggu 3 = 1 biji malam (setiap malam)
Minggu 4 = TIDAK MAKAN
Minggu 5 & Seterusnya = 1 biji seminggu



MatSa merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya yang terlibat dengan proses pemikiran Matematik dan Sains.
MatSa mengandungi rumusan dinamik Nuxvomica, Calcarea ostrearum dan Faktor S200.
Sesuai sangat dengan pelajar yang bengkeng, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir tentang timbangan, jarak, berat. Kurang tumpuan dan malas.
Faktor S 200: mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh. Mudah kecewa dan putus asa.

REAKSI MATSA
Proses mengira memerlukan tumpuan yang tajam dan keupayaan logika yang tinggi. Biasanya apabila kita dapat jawapan betul atau payah sangat hendak faham dan menyelesaikan masalah hisab Matematik dan Sains kita mudah putus asa dan marah. Kemudian perasaan kita bertukar menjadi benci terhadap mata pelajaran tersebut dan amat malas. In Syaa Allah, apabila mengambil formulasi MatSa semua ini akan selesai dan anda akan menikmati suasana tenang dan senang dengan kerja mengira dan berfikir. MatSa bertindak merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses mengira, logik dan pemadanan istilah.

PERINGATAN
Apabila MatSa bertindak mendatangkan perubahan kearah kecemerlangan minda anda, jika terdapat sebarang keracunan dalam tubuh, ia akan memaksanya keluar dalam bentuk ruam atau bisul atau mungkin sakit kepala atau demam. Jangan bimbang ini proses pembersihan dalam badan. Racun dalam badan adalah antara penyebab gangguan minda yang menyebabkan masalah-masalah berkaitan keupayaan mengira, menaakul dan mengistilah.

TEORI PERKAITAN MINDA DENGAN KECERDASAN MATEMATIK DAN SAINS

sumber : GOOGLE

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein, otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza. Penyelidikan yang dijalankan saintis lain kemudian daripada mereka juga menunjukkan keputusan yang sama. Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam bentuk aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, otak kanan digelar otak seni.
Sementara fungsi otak kiri pula di kaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logic (mantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar otak sains. Ada pendapat mengatakan orang Melayu terutamanya lebih cenderung kepada hal-hal kesenian dan mengabaikan persoalan berkaitan Matematik dan Sains. Maknanya, orang Melayu lebih banyak menggunakan otak kanan daripada otak kiri. Fikiran orang Melayu lebih banyak merawang secara tidak bertumpuan. Tidak bersandarkan kepada fakta yang kukuh. Mungkin hanya dalam masyarakat Melayu sahaja di mana serba serbi boleh dikaitkan dengan seni: seni silat, seni lakon, seni kata, seni pahat, seni tari, seni pertukangan, seni muzik, seni ukir dan pelbagai seni lagi. Sesuatu yang seni mesti bersifat halus. Halus itu lambing kecantikan dan keindahan. Yang seni itu begitu sulit hendak diberikan takrif dan garis panduan yang tepat. Ia terlalu subjektif. Orang Melayu boleh berbual berjam-jam di warung dengan hanya secawan kopi, misalnya. Perkara atau subjek yang dibualkan begitu pelbagai sehingga tidak berkesudahan. Tiada dahulu dan tiada akhirnya. Istilah yang digunakan untuk perbuatan berbual begini ialah berborak. Borak boleh jadi bermaksud bohong.

Mungkinkah itu sebabnya pelajar Melayu dikatakan begitu lemah dalam mata pelajaran Matematik dan Sains jika dibandingkan dengan pelajar bukan Melayu. Mungkin ini pandangan secara rambang sahaja. Sebab Matematik dan Sains berdiri atas asas yang berfakta. Fakta adalah hujah yang kukuh. Ia memerlukan penuh tumpuan, fikiran dan tenaga. Tidak boleh diambil mudah. Matematik dan Sains memerlukan penglibatan otak kiri yang lebih. Di sinilah mungkin kelemahan yang terdapat pada orang Melayu. Orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri, sehingga otak kiri berada di dalam keadaan terbiar dan kurang berfungsi. Sesuatu yang terbiar lama-kelamaan akan hilang fungsi. Jika hal ini benar, untuk mengaktif dan memajukan otak kiri, maka ia hendaklah dirangsang. Kita kenalah rangsang otak kiri kita.

BAGAIMANA HENDAK RANGSANG OTAK KIRI?

Mula-mula sekali kita kenalah berani untuk mengubah sikap yang kurang sesuai dengan keperibadian orang Matematik dan Sains. Biasa kita dengar dalam bualan orang Melayu kata-kata begini: “Jangan berkira sangatlah,” atau “Cincai sahajalah,” atau “Lebih kurang sudahlah,” atau “Agak-agak jadilah,”. Semua kata-kata begini menandakan begitu simplistiknya pemikiran orang berkenaan. Jika kita mahu menjadi lebih cemerlang dalam Matematik dan Sains, kita kena lakukan perubahan. Kita kena campak jauh-jauh kebiasaan yang sudah berakar umbi dalam budaya kita. Mulai sekarang kita kena berkira, kita tidak boleh buat cincai, kita mesti kira dengan betul dan tidak boleh pakai agak-agak sahaja.
Kemudian gunakanlah MatSa. MatSa adalah satu-satunya rumusan yang disediakan khusus oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan untuk tujuan menggiatkan aktiviti otak kiri dan dengan itu meningkatkan kepintaran dalam bidang Matematik dan Sains.

(sumber: Buku Pengetahuan Produk – Produk Komplimentari Pilihan Bestari)

EDIT : 09.02.2017

DETAIL EXAMO-CKM 500 PLUS

“Mencari yang HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”

UPDATE : 2017
WHATSAPP : 017-589 0657




EXAMO-CKM 500 PLUS


Perincian : EXAMO-CKM 500 Plus
Harga      : RM 28.00
Kategori : Homeopati
Isi : 28 Biji
Tempoh Guna : 7 Bulan
Kesesuaian : Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
No. Pendaftaran : MAL07031098T

KESAN KEGUNAAN
Membantu mempercepatkan tindakan EXAMO-CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO-CKM 500 itu. Sama peranannya seperti pemangkin (catalyst).

LAIN-LAIN KEGUNAAN
Dapat membantu EXAMO-CKM 500 terutama dalam kes-kes berikut:
  1. Lupa yang amat teruk
  2. Hilang semangat untuk belajar dan bekerja
  3. Peribadi terbelah (split personality)
  4. Perasaan mendengar bisikan dari belakang
  5. Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong
Kemungkinan kesan kemudaratan : Tiada.

CARA MENYIMPAN
Tutup ketat. Simpan pada suhu bilik.

PANTANG LARANG
Elakkan minuman yang berkafein seperti kopi dan minuman bergas.

(sumber: Buku Pengetahuan Produk – Produk Komplimentari Pilihan Bestari)



EDIT: 09.02.2017

DETAIL EXAMO-CKM 500

“Mencari yang HALAL itu adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM”

UPDATE : 2017

WHATSAPP : 017-589 0657



EXAMO-CKM 500


Perincian : EXAMO-CKM 500

Harga       : RM 56.00
Kategori : Biokimia
Isi : 450 Biji
Tempoh penggunaan : 3 bulan hingga 1 tahun
Kesesuaian : Semua peringkat dari bayi hingga orang dewasa.
No. Pendaftaran : MAL 20032551T

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.
EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan  menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranganlah tenaga itu. 


Bila mana tenaga berkurangan, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
  • Lesu
  • Letih
  • Lemah
  • Mengantuk
  • Sengal otot dan sendi
  • Lapar dan Dahaga
  • Marah-marah
  • Tidak dapat meneruskan kerja
Bagaimana hendak memulihkan TENAGA?
Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:
1.     Memberi semangat dan perangsang.
2.     Beristirehat
3.     Makan dan Minum

Memberi semangat dan perangsang
Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan manjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

Beristirehat
Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirehat bolehlah ia meneruskan kerjanya.

Makan dan Minum
Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang dibelanjakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan?
Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur, gandum, teh dan sebagainya.

DEMIKIAN PULALAH HALNYA DENGAN OTAK.
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. 

Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
  • Perasaan gementar, cemas dan bimbang
  • Bersifat pesimis dan bersikap negative
  • Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
  • Selalu letih dan tidak bertenaga
  • Sering diganggu kesedihan tidak menentu
  • Serabut fikiran dan kelesuan otak
  • Lemah daya berfikir dan rasa malas
  • Mudah lupa dan rasa jemu
  • Kurang daya tumpuan                                                                                 
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.

BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?
Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:
1.     Memberikan semangat dan perangsang
2.     Beristirehat
3.     Makan dan Minum

Memberi semangat dan perangsang
Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti 
“Jangan Putus Asa. Cuba Lagi. Saya Yakin Kamu Boleh Berjaya.”

Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, 
“Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya”. 

Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakan seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri.

Beristirehat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakanya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

Makanan
Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Apakan nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.

PENDAPAT UMUM
Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Adakah benar pendapat ini? 

Pendapat itu adalah SALAH.

KECERDASAN AKAL
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 100,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan seseorang. Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendtritic fibres) di neuron.
Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit. Untuk membentuk hubungan atau jalinan yanb banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.
Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertubuhan ramisaraf dendrit otak?

Jawabnya: BOLEH

Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu Biokimia.
Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Fosfat,Kalium Fosfat dan Magnesium Fosfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

AKTIVITI OTAK
Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektro kimia.
 Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrite neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu.
Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumusmenurut keperluan optimum pokok, demikian juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.
EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).
EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 100,000 juta sel otak, neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengan sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Fosfat dan Magnesium Fosfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini.
Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The German Homeopathic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrient yang mudah cerna.
Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO-CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan university sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

KESAN KEGUNAAN
a. Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrite neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
b. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmitter yang terdiri daripada ion-ion K,Mg, Ca, CI dan lain-lain.
c. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.

LAIN-LAIN KEGUNAAN
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1.        Payah tidur
2.        Migrain
3.        Lelah
4.        Kanak-kanak degil
5.        Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6.        Gangguan mimpi-mimpi gerun
7.        Pesakit jiwa atau mental

Kemungkinan Kesan Mudarat Ringan (Minor Adverse Reaction):
1.  Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
2.        Pening kepala, tekanan darah rendah.

CARA MAKAN
Dikemam dalam mulut.

Bayi (kurang 1 tahun)………..1 biji
Kanak-kanak (1-6 tahun)……2 biji
Kanak-kanak (7-12 tahun)…..3 biji
Dewasa (13 tahun ke atas)….4 biji

Minggu pertama………………3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3………..2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterusnya..1 kali sehari

(sumber: Buku Pengetahuan Produk – Produk Komplimentari Pilihan Bestari)

EDIT : 09.02.2017